Theme Colors
Font Size
A+ A A-

Research Reports

MRR 247: Status Quo Kapasiti Latihan Dan Ujian Pemanduan Di Institut Memandu: Kajian Lembah Klan

Garis  panduan  berkaitan  Latihan  Kapasiti  bagi  Institut  Memandu  telah diperkenalkan  oleh  Jabatan  Pengangkutan  Jalan  (JPJ)  pada  07  Mei  2001.  Garis panduan  ini adalah  selaras  dengan  pengisytiharan  Arahan  Jabatan  Bil.  7/98  yang menyatakan pelaksanaan modul latihan minimum jam (16 jam) telah diperkenalkan untuk calon-calon baru bagi lesen memandu. Namun begitu, sehingga kini tiada semakan  dijalankan  untuk  mengkaji  kesesuaian  dan  keupayaan  formula  kapasiti semasa  dan  pelaksanaan  KPP  Baharu  yang  diperkenalkan   pada  14  Julai  2014. Justeru, kajian semakan terhadap Garis Panduan Formula Kapasiti Latihan dan Ujian Pemanduan  dilaksanakan  bagi menganalisa  kesesuaian dan mengenal pasti kerelevenan  keperluan  kapasiti latihan dan ujian pemanduan  yang selaras dengan pelaksanaan  KPP  Baharu.  Sampel  kajian  di  Lembah  Klang  menunjukkan  majoriti Institut  Memandu  (IM)  mematuhi  nisbah  kapasiti  latihan  yang  telah  ditetapkan (tanpa  mengambil  kira  musim  kemuncak).  Kajian  ini  diharap  dapat  membantu proses  pemantauan   yang  dibuat  oleh  pihak  JPJ  dan  kelancaran   perkhidmatan mendapatkan lesen oleh pihak Institut Memandu.
 

No
Description
Format
Size
Action
1
(FA)_MRR No 247_Status Quo Kapasiti Latihan_V6_130318.pdf
Format PDF
324333kB

To open the files above, you need to have Adobe Reader which can be downloaded from http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader