Matomo Image Tracker
MIROS
Portal Rasmi

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Malaysian Institute of Road Safety Research
  

SERANTA AWAM ATAS TALIAN : PROSES SEMAKAN SEMULA MODUL PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR) 2016

Pengenalan

Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) telah dilaksanakan sejak 2007 secara berperingkat di sekolah rendah serta menengah di seluruh negara. Ini merupakan satu komitmen Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) dalam mengurangkan kadar kematian yang disebabkan oleh nahas jalan raya.  Matlamat pelaksanaan PKJR adalah ke arah membentuk sikap pengguna jalan raya masa hadapan yang berhemah melalui pengajaran kemahiran dan pengetahuan keselamatan jalan raya di kalangan kanak-kanak. Selain itu, PKJR juga dirangka untuk mendidik dan melatih kanak-kanak untuk menjadi pengguna jalan raya yang berhemah di mana kanak-kanak dapat melindungi diri dan pengguna jalan raya yang lain daripada bahaya-bahaya di jalan raya serta menangani situasi-situasi kompleks semasa perjalanan.

PKJR telah disisipkan dalam kurikulum sedia ada melalui mata pelajaran bahasa Melayu. Bagi sekolah rendah, PKJR diajar oleh guru-guru bahasa Melayu, satu waktu seminggu iatu 40 minit di dalam bilik darjah. Bagi sekolah menengah (tingkatan 1- tingkatan 3), PKJR diajar oleh guru-guru bahasa Melayu satu waktu setiap dua minggu.  Modul PKJR sedia ada terdiri daripada Buku Aktiviti Murid, Buku Panduan Guru dan Bahan Bantu Mengajar.

Pada tahun 2016, modul PKJR akan disemak dan dibangunkan semula untuk penambahbaikan setelah hampir sedekad dilaksanakan di sekolah-sekolah. Pendapat dan cadangan penambahbaikan daripada semua pihak adalah diperlukan supaya modul yang dihasilkan dapat mencapai matlamat ke arah menghasilkan  pengguna jalan raya yang berhemah serta mementingkan keselamatan jalan raya. Justeru, orang ramai dengan hormatnya dijemput untuk menyalurkan pendapat dan cadangan penambahbaikan dengan menggunakan jadual yang disediakan  di bawah.
 
 

Durasi
Pendapat dan cadangan penambahbaikan boleh disalurkan bermula 18 Februari 2016 hingga 17 Mac 2016.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
Puan Norainy Othman
019 387 0658
norainy@miros.gov.my
 
Puan Roziana Shahril
013 716 1226
roziana@miros.gov.my
 
Puan Maslina Musa
012 225 6440
maslina@miros.gov.my
W3C Permohonan Data Statistik MYHRMIS MOBILE #

Privacy Policy

#
# # # # # # # Accessibility Security Policy
#