Portal Rasmi

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Malaysian Institute of Road Safety Research
 

JAWATAN KOSONG PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) (PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19)

10 Aug 2021

Rujukan Iklan

:

Bilangan 4 Tahun 2021

Tarikh Siaran

:

10 Ogos 2021 sehingg 24 Ogos 2021

 

IKLAN JAWATAN

 

                Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748) dan merupakan salah satu agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

                Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang yang berkaitan (rujuk jadual di bawah) dan mempunyai ciri-ciri pekerja ‘multi-tasking’ serta berkeupayaan bekerja dalam satu pasukan dengan pengawasan minimum.

 

JAWATAN & GRED

:

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

(PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19)

TARAF JAWATAN

:

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

BIL. KEKOSONGAN

:

SATU (1)

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

:

PENTADBIRAN DAN SOKONGAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN

:

PELAKSANA

JADUAL GAJI DAN KADAR KENAIKAN TAHUNAN (KGT)

 

 

:

 

 

 

GAJI HARIAN

RM 54.00 sehari

 

SYARAT LANTIKAN

:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

 

 

(a)

 

(b)

 

 

(c)

 

Warganegara Malaysia;

 

Lelaki berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

 

  1. Sijil Pelajaran malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 

  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 

 

 

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

:

Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

RINGKASAN TUGAS

:

  • Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas jabatan/ bahagian seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik.
  • Menjalankan tugas-tugas Pembantu AM Pejabat apabila diperlukan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.miros.gov.my.
  2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:  
  1. Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
  2. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
  3. Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
  4. Ijazah/Diploma dan transkrip/surat pengesahan kelulusan peperiksaan akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi;
  5. Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Malaysian University English Test (MUET), sijil pendaftaran penuh dengan lembaga ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
  1. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.
  2. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:

                         Urus Setia Pengambilan

                         Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,

                         Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,

                         Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,

                         43000 Kajang, Selangor

  1. Tarikh tutup permohonan adalah pada  24 Ogos 2021 (Selasa) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.
  2. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.
No
Keterangan
Jenis
Saiz
Tindakan
1
Iklan bil 4 tahun 2021.pdf
Tarikh Dimuatnaik: 09 Ogos 2021
Saiz: 73.27 KB
73.27 KB
2
Borang Permohonan Jawatan Kosong (baru) (1).pdf
Tarikh Dimuatnaik: 09 Ogos 2021
Saiz: 190.71 KB
190.71 KB
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader