Portal Rasmi

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Malaysian Institute of Road Safety Research
 

JAWATAN KOSONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41

01 Dec 2022
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748) dan merupakan salah satu agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang yang berkaitan (rujuk jadual di bawah) dan mempunyai ciri-ciri pekerja ‘multi-tasking’ serta berkeupayaan bekerja dalam satu pasukan dengan pengawasan minimum.

Rujukan Iklan : Bilangan 11 Tahun 2022
Tarikh Siaran :

01 Disember 2022 hingga
09 Disember 2022

IKLAN JAWATAN

JAWATAN & GRED : PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41
TARAF JAWATAN : KONTRAK
BIL. KEKOSONGAN : SATU (1)
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
JADUAL GAJI DAN KADAR
KENAIKAN TAHUNAN (KGT)
:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KGT
RM2,315.00 RM9,618.00 RM225.00
SYARAT LANTIKAN : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
dan
(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,315.00);
Atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,522.44); atau
(iii) ijazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41:RM2,833.78).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA
MELAYU

: Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) merupakan sebuah perbadanan yang
ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748) dan merupakan salah
satu agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang yang berkaitan
(rujuk jadual di bawah) dan mempunyai ciri-ciri pekerja ‘multi-tasking’ serta berkeupayaan bekerja dalam satu pasukan
dengan pengawasan minimum.

1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun daripada
laman sesawang www.miros.gov.my.
2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:
(a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu
setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan).
(d) Sijil/Diploma/Ijazah yang dianugerahkan.
(e) Cetakan perincian kelayakan dan bidang program pengajian (semakan boleh dibuat di sesawang Badan
Pengiktirafan Kelayakan (MQA) https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
3. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa
permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk
menghadiri sesi temu duga.
4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:
Urus Setia Pengambilan

Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 09 Disember 2022 (Jumaat) jam 1:00 petang. Permohonan yang
diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.
6. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan
sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas
diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap
TIDAK BERJAYA.

Cari:  
No
Keterangan
Jenis
Tahun
Saiz
Tindakan
1
Iklan bil. 11 tahun 2022 Q41.pdf
Tarikh Dimuatnaik: 01 Dis 2022
Saiz: 175.90 KB
2022
175.90 KB
2
Borang Permohonan Jawatan Kosong (baru) (1) (1).pdf
Tarikh Dimuatnaik: 01 Dis 2022
Saiz: 190.71 KB
2022
190.71 KB
Permohonan Data Statistik MYHRMIS MOBILE #

Privacy Policy

#
# # # # # # # #
#