Portal Rasmi

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Malaysian Institute of Road Safety Research
 

JAWATAN KOSONG PEGAWAI KONTRAK PROJEK (SETARA GRED Q19)

06 Mar 2023
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748) dan merupakan salah satu agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang yang berkaitan (rujuk jadual di bawah) dan mempunyai ciri-ciri pekerja ‘multi-tasking’ serta berkeupayaan bekerja dalam satu pasukan dengan pengawasan minimum.

Rujukan Iklan

:

Bilangan 2 Tahun 2023

Tarikh Siaran

:

06 Mac 2023 hingga 17 Mac 2023

 

IKLAN JAWATAN

                Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748) dan merupakan salah satu agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

                Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang yang berkaitan (rujuk jadual di bawah) dan mempunyai ciri-ciri pekerja ‘multi-tasking’ serta berkeupayaan bekerja dalam satu pasukan dengan pengawasan minimum.

 

 

JAWATAN & GRED

 

:

 

PEGAWAI KONTRAK PROJEK (SETARA GRED Q19)

 

TARAF JAWATAN

:

KONTRAK  PROJEK

 

BIL. KEKOSONGAN

:

SATU (1)

 

KLASIFIKASI

:

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

 

KUMPULAN

:

PELAKSANA

 

JADUAL GAJI DAN KADAR KENAIKAN TAHUNAN

:

 

 

 

 

GRED

UPAH

INSENTIF

Q19

RM 1,355.00

RM 572.00

 

 

SYARAT LANTIKAN

 

:

 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

 

 

 

(a)

Warganegara Malaysia;

 

 

 

(b)

Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

 

 

 

(c)

 

 

 

 

 

  1.  

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

 

  1.  

Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan  yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau

 

 
  1.  

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran  Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

 

 
  1.  

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran  Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau        kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 

 

 

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

:

 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

 

RINGKASAN TUGAS

 

 

 

:

  • Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas berkaitan ujian kenderaan.
  • Sebagai petugas yang menjaga litar dan peralatan yang berada di MT3, Sepang.
  • Mengawal dan memantau kebenaran memasuki litar MT3.
  • Menjalankan lain-lain tugas-tugas yang berkaitan projek dari semasa ke semasa.

 

 

 

 

 

 

 

  1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.miros.gov.my.

 

  1. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:  
  1. Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
  2. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
  3. Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan).
  4. Sijil/Diploma/Ijazah yang dianugerahkan.
  5. Cetakan perincian kelayakan dan bidang program pengajian (semakan boleh dibuat di sesawang Badan Pengiktirafan Kelayakan (MQA) https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

 

  1. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.

 

  1. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:

                               

                             Urus Setia Pengambilan

                                Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,

                                Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,

                                Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,

                                43000 Kajang, Selangor

 

  1. Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Mac 2022 (Jumaat)  jam 5:00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.

 

  1. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.

 

 

Cari:  
No
Keterangan
Jenis
Tahun
Saiz
Tindakan
1
Iklan bil. 1.2023 PKP N41, W29_V2.pdf
Tarikh Dimuatnaik: 06 Mac 2023
Saiz: 225.98 KB
2023
225.98 KB
2
Borang Permohonan Jawatan Kosong (baru) (1) (1).pdf
Tarikh Dimuatnaik: 06 Mac 2023
Saiz: 190.71 KB
2023
190.71 KB
Permohonan Data Statistik MYHRMIS MOBILE #

Privacy Policy

#
# # # # # # # #
#