Portal Rasmi

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Malaysian Institute of Road Safety Research
 

JAWATAN KOSONG PEMBANTU PENYELIDIK GRED Q19

07 Apr 2023
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748) dan merupakan salah satu agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang yang berkaitan (rujuk jadual di bawah) dan mempunyai ciri-ciri pekerja ‘multi-tasking’ serta berkeupayaan bekerja dalam satu pasukan dengan pengawasan minimum.

Rujukan Iklan : Bilangan 3 Tahun 2023
Tarikh Siaran : 07 April 2023 hingga 20 April 2023
IKLAN JAWATAN

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) merupakan sebuah perbadanan yang
ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748) dan merupakan salah
satu agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang yang berkaitan
(rujuk jadual di bawah) dan mempunyai ciri-ciri pekerja ‘multi-tasking’ serta berkeupayaan bekerja dalam satu pasukan
dengan pengawasan minimum.
JAWATAN & GRED : PEMBANTU PENYELIDIK GRED Q19
TARAF JAWATAN : KONTRAK
BIL. KEKOSONGAN : SATU (1)
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
JADUAL GAJI DAN KADAR
KENAIKAN TAHUNAN (KGT)
:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KGT
RM1,355.00 RM4,007.00 RM100.00
SYARAT LANTIKAN : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan; atau
[ Gaji permulaan ialah pada Gred Q19 : RM1,355.00 ]; atau
ii. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan.
[ Gaji permulaan ialah pada Gred Q19 : RM1,355.40 ]; atau
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
[ Gaji Permulaan ialah pada Gred Q19: RM1,411.10 ]; atau
iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan serta Sijil kemahiran Malaysia Tahap 3
dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
[ Gaji Permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,467.80 ]

SYARAT KELAYAKAN BAHASA
MELAYU

: Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.

PENEMPATAN : Pusat Penyelidikan Perubahan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya (RUBC)
RINGKASAN TUGAS : Membantu melakukan kajian penyelidikan dalam kegiatan dan projek-projek
penyelidikan, penyimpanan dan mengemaskini inventori berkenaan sebarang
projek serta menolong dalam proses persampelan di dalam dan luar makmal.

1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun daripada
laman sesawang www.miros.gov.my atau http://iso.miros.gov.my/isov6/Utama.htm
2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:
(a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu
setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
(d) Ijazah/Diploma dan transkrip/surat pengesahan kelulusan peperiksaan akhir dari pusat-pusat pengajian
tinggi;
(e) Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Malaysian University English Test (MUET),
sijil pendaftaran penuh dengan lembaga ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;

3. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa
permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk
menghadiri sesi temu duga.
4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:

Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 April 2023 (Khamis) jam 5:00 petang. Permohonan yang diterima
selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.
6. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan
sama ada melalui telefon, e-mel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima
daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK
BERJAYA.

Cari:  
No
Keterangan
Jenis
Tahun
Saiz
Tindakan
1
Iklan Bil 3 Tahun 2023 Q19.pdf
Tarikh Dimuatnaik: 06 Apr 2023
Saiz: 60.24 KB
2023
60.24 KB
2
Borang Permohonan Jawatan Kosong (baru).pdf
Tarikh Dimuatnaik: 06 Apr 2023
Saiz: 190.71 KB
2023
190.71 KB
Permohonan Data Statistik MYHRMIS MOBILE #

Privacy Policy

#
# # # # # # # #
#