JAWATAN &
GRED
: PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1
TARAF
JAWATAN
: KONTRAK
BIL.
KEKOSONGAN
: SATU
KLASIFIKASI : KEMAHIRAN
KUMPULAN : PELAKSANA
JADUAL GAJI :
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KGT
RM 1,500.00 RM 4,680.00 RM 100
SYARAT
LANTIKAN
: 1.
(a)
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00); dan
(v) Memenuhi syarat lantikan bagi keperluan khas (jika melaksanakan tugas
atau mana mana gabungan tugas seperti di perenggan 1(b)).
Syarat Lantikan Bagi Keperluan Khas (Pemanduan/ Pengendalian
Kren/Pengendalian Dandang/Tugasan Menyelamat)
(b) (i) Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu
Percubaan (P)] dan berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara
kenderaan berkenaan yang diliputi oleh tugasan berkenaan.
SYARAT
KELAYAKAN
BAHASA
MELAYU
: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred
C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan
RINGKASAN
TUGAS
: Tugas utama ialah bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan
kenderaan yang diarahkan serta menjaga kenderaan di bawah kelolaannya
supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap
perjalanan.
1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun
daripada laman sesawang www.miros.gov.my.
2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:
(a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa
Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan).
(d) Sijil/Diploma/Ijazah yang dianugerahkan.
(e) Cetakan perincian kelayakan dan bidang program pengajian (semakan boleh dibuat di sesawang
Badan Pengiktirafan Kelayakan (MQA) / (MQR) https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
3. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan
semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai
pendek untuk menghadiri sesi temu duga.
4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:
Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor
5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Disember 2024 (Jumaat) jam 1:00 petang. Permohonan
yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.
6. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan
dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada
sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan,
permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.