Matomo Image Tracker
MIROS
Portal Rasmi

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Malaysian Institute of Road Safety Research
  

JAWATAN KOSONG PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) - PENYAMBUT TETAMU

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748) dan merupakan salah satu agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang yang berkaitan (rujuk jadual di bawah) dan mempunyai ciri-ciri pekerja ‘multi-tasking’ serta berkeupayaan bekerja dalam satu pasukan dengan pengawasan minimum.

JAWATAN & GRED
:
PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) - PENYAMBUT TETAMU
TARAF JAWATAN
:
PSH
BIL. KEKOSONGAN
:
SATU (1)
KLASIFIKASI
:
PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN
:
PELAKSANA
JADUAL GAJI DAN
KADAR KENAIKAN TAHUNAN
:
GAJI HARIAN
RM 54/ HARI
SYARAT LANTIKAN
:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
:
(a)
(b)
(c)
Warganegara Malaysia;
Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(i)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(ii)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(iii)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
:
Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
RINGKASAN TUGAS
:
i.
Melayani setiap pelanggan/pelawat yang hadir dan berurusan di kaunter.
ii.
Membuat penambahbaikan senarai sambungan telefon staf MIROS termasuk panggilan telefon yang diterima daripada pihak luar yang ingin berurusan dengan MIROS.
iii.
Merekod maklumat pelawat/pelanggan, dokumen masuk, log panggilan masuk, log panggilan keluar dan aduan yang diterima.
iv.
Menerima surat berdaftar, surat tidak berdaftar, memo, parcel, aduan dan mengagihkan ke dalam petak penyimpanan surat setiap PTJ.
v.
Memastikan kebersihan dan keceriaan di kawasan lobi/kaunter dan ruang pameran.

1.
Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.miros.gov.my.
2.
Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:
(a)
Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
(b)
Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
(c)
Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan).
(d)
Sijil/Diploma/Ijazah yang dianugerahkan.
(e)
Cetakan perincian kelayakan dan bidang program pengajian (semakan boleh dibuat di sesawang Badan Pengiktirafan Kelayakan (MQA) https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
3.
Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah di senarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.
4.
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:
Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor
5.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2026 jam 12.00 tengah hari. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.
6.
Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, e-mel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.

Cari:  
No
Keterangan
Jenis
Tahun
Saiz
Tindakan
1
_Iklan Jawatan Kosong Bil 6 PSH Kali-3_RR.pdf
Tarikh Dimuatnaik: 09 Sep 2026
Saiz: 162.36 KB
2026
162.36 KB
2
Borang Permohonan Jawatan Kosong (baru) (1) (1) (1).pdf
Tarikh Dimuatnaik: 09 Sep 2026
Saiz: 190.71 KB
2026
190.71 KB
W3C Permohonan Data Statistik MYHRMIS MOBILE #

Privacy Policy

#
# # # # # # # Accessibility Security Policy
#