JAWATAN & GRED : PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q5
TARAF JAWATAN : KONTRAK
BIL. KEKOSONGAN : SATU (1)
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
KUMPULAN : PELAKSANA
JADUAL GAJI : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KGT
RM1,650.00 RM6,620.00 RM145.00
SYARAT LANTIKAN : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau
salah satu subjek sains.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q5: RM1,650.00); atau
ii. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam jurusan Sains atau
aliran Teknikal yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q5: RM1,650.00); atau
iii. Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q5: RM1,650.00); atau
iv. Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q5: RM1,650.00); atau
v. Diploma Sains yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q5: RM1,974.00); atau
vi. Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q5: RM1,974.00); atau
vii. Diploma Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q5: RM2,055.00).
SYARAT KELAYAKAN
BAHASA MELAYU
: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PENEMPATAN & BILANGAN
KEKOSONGAN
: Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB)/ 1 Kekosongan
RINGKASAN TUGAS : Membantu Pegawai Penyelidik dalam perancangan projek penyelidikan, pengendalian projek
penyelidikan, mengumpul, merekod maklumat dan menganalisis data-data projek serta
penyediaan peralatan projek penyelidikan.
1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun daripada laman
sesawang www.miros.gov.my.
2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:
(a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf
kelulusan SPM (jika berkenaan).
(d) Sijil/Diploma/Ijazah yang dianugerahkan.
(e) Cetakan perincian kelayakan dan bidang program pengajian (semakan boleh dibuat di sesawang Badan
Pengiktirafan Kelayakan (MQA) https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
3. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa
permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah di senarai pendek untuk menghadiri
sesi temu duga.
4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:
Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor
5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Oktober 2026 jam 12.00 tengah hari. Permohonan yang diterima selepas
tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.
6. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada
melalui telefon, e-mel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak
MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.