JAWATAN & GRED : PEMBANTU PENYELIDIK GRED Q1
TARAF JAWATAN : KONTRAK
BIL. KEKOSONGAN : EMPAT (4)
KLASIFIKASI : PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
KUMPULAN : PELAKSANA
JADUAL GAJI : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KGT
RM 1,500.00 RM 4,680.00 RM 100.00
SYARAT LANTIKAN : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia SPM(V) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q1: RM1,500.00); atau
(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q1: RM1,561.00); atau
(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM
Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q1: RM1,622.00).
SYARAT TAMBAHAN /
KEUTAMAAN (KELEBIHAN)
: i. Mempunyai personaliti yang positif, proaktif dan berpandangan jauh (forward-looking).
ii. Mempunyai semangat yang tinggi untuk mempelajari dan meneroka kemahiran serta
teknologi baharu.
Kemahiran Teknikal :
i. Mempunyai kemahiran dalam pengaturcaraan komputer dan integrasi perkakas
(programming and microprocessor/microcontroller integration seperti Arduino)
ii. Mempunyai pengalaman praktikal dalam kerja-kerja mekanikal atau bengkel.
iii. Mahir dalam kerja-kerja pemetrian (soldering), 3D printing dan pembentukan/fabrikasi
(fabrication).
SYARAT KELAYAKAN
BAHASA MELAYU
: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SPM (V) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.
PENEMPATAN & BILANGAN
KEKOSONGAN
: Pusat Kejuruteraan Keselamatan Jalan Raya dan Persekitaran (REER)/ 1 Kekosongan
Pusat Faktor Manusia dan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya (HUB)/ 3 Kekosongan
RINGKASAN TUGAS : Membantu melakukan kajian penyelidikan dalam kegiatan dan projek-projek penyelidikan,
penyimpanan dan mengemas kini inventori berkenaan sebarang projek serta menolong
dalam proses persampelan di dalam dan luar makmal.
1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun daripada laman
sesawang www.miros.gov.my.
2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:
(a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf
kelulusan SPM (jika berkenaan).
(d) Sijil/Diploma/Ijazah yang dianugerahkan.
(e) Cetakan perincian kelayakan dan bidang program pengajian (semakan boleh dibuat di sesawang Badan
Pengiktirafan Kelayakan (MQA) https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
3. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa
permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah di senarai pendek untuk menghadiri
sesi temu duga.
4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:
Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor
5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Oktober 2026 jam 12.00 tengah hari. Permohonan yang diterima selepas
tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.
6. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada
melalui telefon, e-mel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak
MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.