The Official Portal of

Malaysian Institute of Road Safety Research

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
 

SISTEM E-PEROLEHAN MIROS

PENGENALAN

Sistem e-Perolehan MIROS merupakan sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal untuk menawarkan bekalan, perkhidmatan dan kerja kepada MIROS melalui atas talian (internet). Ia adalah meliputi tawaran perolehan secara tender, sebut harga dan pembelian terus yang akan dikeluarkan oleh MIROS.

 Sistem e-Perolehan MIROS menggunakan platform Tender Wizard selaku penyedia perkhidmatan (service provider). Perkhidmatan yang ditawarkan melalui Sistem e-Perolehan MIROS ini adalah meliputi:

1.            Pendaftaran pembekal dan pembayaran secara atas talian.
2.            Pembelian dokumen tender/ sebut harga dan pembayaran secara atas talian.
3.            Memproses dan menyerahkan tawaran tender / sebut harga secara atas talian.
4.            Penyaluran maklumat (contoh kenyataan tawaran, pembukaan, keputusan) melalui email yang telah didaftarkan.

 

PELAKSANAAN

Pada peringkat awal pelaksanaan Sistem e-Perolehan MIROS (secara berperingkat), kenyataan tawaran bagi tender dan sebut harga yang dipaparkan akan menyatakan secara jelas kaedah perolehan samada melalui Sistem e-Perolehan MIROS.

Pembekal boleh membuat semakan dari semasa ke semasa ke atas kenyataan tawaran, pembukaan dan keputusan tender/ sebut harga.

 

DAFTAR PEMBEKAL

Pembekal perlulah berdaftar dengan Sistem e-Perolehan MIROS bagi membolehkan pembekal untuk menyertai tawaran tender/ sebut harga yang ditawarkan oleh MIROS serta memperolehi kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan.

Pembekal perlu memastikan maklumat yang diisi adalah lengkap dan tepat berserta dokumen sokongan (yang berkaitan) bagi memastikan ketepatan maklumat. MIROS berhak untuk disable pembekal yang telah berdaftar sekiranya didapati maklumat yang dibekalkan adalah tidak sahih dan tidak tepat.

Setiap pendaftaran adalah sah laku bagi tempoh satu tahun daripada tarikh pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran adalah secara tahunan. Kenaan caj adalah oleh pihak service provider ke atas perkhidmatan yang telah disediakan.

 

PENJUALAN DOKUMEN TENDER / SEBUT HARGA

Pembekal boleh mendapatkan dokumen perolehan secara atas talian bagi tawaran tender dan sebut harga yang melalui Sistem e-Perolehan MIROS. Harga dokumen tersebut adalah berdasarkan ketetapan yang telah dinyatakan di dalam Kenyataan Tawaran (sekiranya ada).

 

PENAWARAN PEROLEHAN

Pembekal yang berjaya menerima tawaran perolehan pembekalan/ perkhidmatan/ kerja melalui Sistem e-Perolehan MIROS, akan dikenakan fi perkhidmatan daripada nilai tawaran tertakluk kepada kadar dan had maksimum yang ditetapkan. Fi perkhidmatan berkaitan adalah kenaan caj oleh pihak service provider ke atas perkhidmatan yang telah disediakan.

 

KENYATAAN TAWARAN, PEMBUKAAN DAN KEPUTUSAN TENDER / SEBUTHARGA

Pembekal yang telah berdaftar melalui Sistem e-Perolehan MIROS akan menerima pemakluman kenyataan tawaran, pembukaan dan keputusan tender/ sebut harga melalui emel yang telah didaftarkan. Bagi pembekal yang belum berdaftar, kenyataan tawaran tender/ sebut harga boleh disemak melalui pautan IKLAN SEBUTHARGA/TENDER TERKINI

 

UNTUK PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI

Unit Perolehan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
Lot 119-135 Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor
Tel: 03 8924 9200 (samb: 452)
Email : proc@miros.gov.my
Untuk Bantuan Teknikal: 03 7962 7870/7947 (CENSOF)

Search:  
No
Description
Type
Year
Size
Action
1
User Manual for Tender
Uploaded Date: 21 Jan 2019
Size: 5.09 MB
2019
5.09 MB
Permohonan Data Statistik MYHRMIS MOBILE #

Privacy Policy

#
# # # # # # # #
#