Matomo Image Tracker
MIROS
Portal Rasmi

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Malaysian Institute of Road Safety Research
  

KAJIAN KELETIHAN DI KALANGAN PEMANDU LORI, FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG DAN KESANNYA KE ATAS NEUROPSIKOLOGI

Kajian ini telah dilakukan berdasarkan statistik kemalangan yang melibatkan kenderaan berat yang menunjukkan peningkatan dari tahun 2002 hingga 2012. Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan antara keletihan dengan faktor-faktor mengantuk, OSA dan isu-isu lain berkaitan pemandu lori. Antara objektif utama kajian adalah mengenalpasti status keletihan di kalangan pemandu, status kualiti tidur pemandu dan saringan OSA ke atas pemandu. Seramai 130 orang pemandu lori dalam lingkungan umur 22-70 tahun telah menyertai kajian ini. Proses pengumpulan data telah dilakukan oleh pembantu penyelidik yang terlatih dan telah dipantau oleh pegawai penyelidik. Aktiviti pengumpulan data telah dilakukan dengan menggunakan borang soal-selidik standard untuk pengukuran keletihan (CISQ), kadar mengantuk di siang hari (ESS), kualiti tidur (PSQI), saringan OSA (Berlin) dan menggunakan ujian ‘reaction time’ dan ‘Digit Span Test’ untuk mengukur neuropsikologi. Hasil kajian ini mendapati bahawa sebanyak 17.7% pemandu lori disahkan mengalami keletihan. Sebanyak 14.6% pula tergolong dalam kategori berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit OSA. Seramai 26 orang pemandu lori mempunyai kualti tidur yang rendah. Faktor-faktor penyebab keletihan dan hubungkaitnya dengan keletihan akan dikaji dengan lebih mendalam oleh penyelidik. Kajian ini amatlah penting kerana ianya dapat memberi gambaran mendalam berkaitan permasalahan keletihan di kalangan pemandu lori dan dapatan-dapatan kajian ini dapat digunapakai oleh pihak kerajaan mahupun swasta dalam merancang program-program intervensi pada masa akan datang.
W3C Permohonan Data Statistik MYHRMIS MOBILE #

Privacy Policy

#
# # # # # # # Accessibility Security Policy
#