Kajian ini mendedahkan penggunaan sistem penahan kanak-kanak (CRS) di kalangan kanak-kanak yang menghadiri taman asuhan kanak-kanak (taska) di sekitar mukim Kajang. Kajian ini juga bermatlamat untuk menentukan samada beg udara penumpang (PAB) adalah faktor terhadap penggunaan CRS di kerusi hadapan. Kajian yang menggunakan kaedah pemerhatian ini telah dijalankan di 25 taska yang dipilih secara rawak pada 6 bulan pertama tahun 2012. Pengunaan CRS adalah rendah; hanya 9.5% dari 537 kanakkanak menggunakan CRS. Namun begitu, dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan CRS adalah berkaitan dengan jantina pemandu, pengunaan tali pinggang keledar oleh pemandu dan kedudukan kanak-kanak di dalam kenderaan. PAB tidak memberi kesan secara signifikan terhadap pengunaan CRS. Pengunaan CRS yang rendah adalah satu cabaran dalam usaha mengurangkan kecederaan dan kematian di kalangan kanak-kanak. Selain itu, dapatan yang menunjukkan kehadiran PAB tidak memberi kesan terhadap pengunaan CRS adalah suatu perkara yang membimbangkan. Ini berkemungkinan tidak membantu matlamat PAB dalam mengurangkan kecederaan semasa berlakunya pelanggaran.Oleh itu, kempen berbentuk pendidikan dalam pengunaan CRS dan fungsi PAB perlu ditekankan kepada ibubapa dan penjaga kanak-kanak. Buat masa ini, undang-undang sedia ada tidak menyatakan kewajipan pengunaan CRS. Amatlah dicadangkan agar pengunaan CRS diwajibkan beserta pemasangan PAB di dalam kenderaan untuk mencapai matlamat jangka panjang dalam mengurangkan kadar kecederaan dan kematian akibat kemalangan.