IJRS mengalu-alukan penulis berpotensi untuk menjadi yang terawal dan menyumbang artikel yang berkualiti kepada satu-satunya jurnal khas untuk keselamatan jalan raya bagi isu seterusnya pada bulan November 2020.
Semua manuskrip yang dihantar mesti melaporkan kerja/kajian asal, sama ada berbentuk eksperimen atau teori dan tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana jurnal. Manuskrip tersebut juga hendaklah bukan dalam pertimbangan untuk diterbitkan di jurnal lain. Semua manuskrip harus mengikut gaya format jurnal yang telah digariskan dan akan melalui proses pewasitan dan suntingan.
Sila rujuk kepada “Arahan kepada Penulis” sebelum menghantar manuskrip.
Sila hantar salinan digital manuskrip yang lengkap menggunakan templat yang disediakan kepada ijrs@miros.gov.my, selewat-lewatnya hari Isnin, 28 September 2020.
IJRS amat menghargai sekiranya anda dapat berkongsi peluang baik ini dengan jaringan kenalan anda. Kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.