Portal Rasmi

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Malaysian Institute of Road Safety Research
 

SOALAN KERAP DITANYA

1. Bagaimanakah penguatkuasaan akan dijalankan terhadap pematuhan standard UN R44 atau UN R129?

Penguatkuasaan standard hanya akan dijalankan keatas pengimportan, pengeluaran dan pengedaran kerusi keselamatan kanak-kanak tetapi tidak kepada penggunaan. Ibu bapa boleh terus menggunakan CRS yang sedia ada dan sedang digunakan.

2. Bagaimanakah perlaksanaan kod QR oleh MIROS akan dijalankan?

Fungsi kod QR adalah sebagai rujukan tambahan kepada label UN R44 atau R129 yang bertujuan untuk merekodkan maklumat CRS di pasaran.Selain daripada itu ia juga bertindak sebagai panduan kepada pengguna untuk memastikan label UNR adalah sah. Produk CRS yang sedang digunakan oleh pengguna tidak perlu untuk mendapatkan kod QR.

MIROS dan pemegang taruh sedang dalam proses memberi taklimat kepada pembekal untuk pembekal mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kod QR. Proses mendapatkan kod QR boleh di rujuk di dalam buku Garis Panduan.

3. Lain-lain standard pematuhan produk CRS

Untuk pasaran Malaysia hanya standard UN R44 atau UN R129 dibenarkan selepas pengutkuasaan undang-undang bermula Januari 2020. Bagi pengguna yang telah menggunakan CRS lain-lain standard, boleh meneruskan penggunaannya.

4. Penggunaan CRS untuk kereta yang tidak mempunyai tali pinggang keledar 3 poin

Bermula 2011, kereta kelulusan baru telah diwajibkan memasang tali pinggang keledar 3 poin. Seterusnya, pada 2017, kereta kelulusan baru wajib memasang system ISOFIX dan “top tether”.

Mengambilkira kenderaan keluaran sebelum itu yang tidak mempunyai tali pinggang keledar 3 poin dikecualikan daripada menggunakan CRS.

5. Bagaimanakah sekiranya mempunyai keluarga ramai?

Kenderaan direka bentuk untuk membawa penumpang mengikut jumlah tempat duduknya. Untuk yang mempunyai keluarga yang besar disarankan untuk merancang perjalanan dan faktor keselamatan perlu diberi keutamaan tak kira untuk penumpang dewasa atau kanak-kanak. Semua penumpang hendaklah dilindungi semasa perjalanan menggunakan tali pinggang keledar bagi dewasa dan kerusi keselamatan bagi kanak-kanak.

6. Apakah faktor atau had yang ditetapkan dalam penggunaan CRS?

Ketinggian adalah faktor pertama bagi perlaksanaan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Had yang di tetapkan adalah 135 cm. Sebagai contoh tinggi kanak-kanak adalah 137 cm dan beratnya adalah 30 kg. Maka kanak-kanak ini tidak perlu lagi menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak. Selepas ketinggian barulah berat diambil kira. Had berat adalah 36kg. Ini hanya terpakai untuk kanak-kanak.

7. Adakah MIROS menyediakan senarai CRS yang telah mematuhi standard UN R44 dan UN R129 ?

MIROS didalam proses mengumpulkan maklumat tentang CRS yang mematuhi Peraturan melalui pendaftran kod QR. Seterusnya akan dimuatnaik ke laman web MIROS.