The Official Portal of

Malaysian Institute of Road Safety Research

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
 

INTRODUCTION

Kerusi keselamatan kanak-kanak merupakan alat yang penting bagi memastikan keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan. Ia membantu melindungi kanak-kanak semasa berlakunya kemalangan jalanraya dengan cara mengurangkan risiko kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak tersebut.

Bagi persediaan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak pada tahun 2020, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mewartakan beberapa peraturan komponen kenderaan berdasarkan rangka kerja World Forum for Harmonisation of Vehicle Regulations (WP29) yang melibatkan peraturan pembinaan dan penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak di dalam kenderaan motor.

Garis Panduan Pematuhan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak ini diterbitkan bagi memberi penjelasan dan penyeragaman secara menyuluruh kepada agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan, pengedar Kerusi Keselamatan Kanak-kanak dan orang awam yang menggunakan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak. Garis panduan ni secara khususnya meliputi aspek-aspek berikut:

  1. Pematuhan Standard Keselamatan Produk Kerusi Keselamatan Kanak-kanak;
  2. Tatacara Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak di dalam kenderaan; dan
  3. Tatacara penguatkuasaan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak di atas jalan raya, di premis perniagaan dan jualan atas talian.

Garis panduan ini bertujuan untuk memenuhi beberapa objektif, iaitu:

  1. Untuk menyediakan penerangan yang sistematik bagi setiap aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang Kerusi Keselamatan Kanak-kanak untuk dilaksanakan oleh setiap agensi terlibat ecara langsung atau tidak langsung;
  2. Untuk memastikan koordinasi yang selaras dan sistematik di kalangan agensi yang terlibat; dan
  3. Untuk memberi penerangan yang lengkap berkenaan prosedur perlaksanaan undang-undang Kerusi Keselamatan Kanak-kanak.
Permohonan Data Statistik MYHRMIS MOBILE #

Privacy Policy

#
# # # # # # # #
#