Portal Rasmi

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Malaysian Institute of Road Safety Research
 

SUBSIDI CRS (MYCRS)

SOALAN LAZIM (FAQs)

Program Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Keluarga Malaysia (MyCRS)

 

1. Apakah itu program subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak Keluarga Malaysia?

Program subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) Keluarga Malaysia merupakan program subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak kepada golongan B40. Ia merupakan program subsidi kepada rakyat Malaysia demi meningkatkan keselamatan kanak-kanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

 

2. Bilakah tempoh pendaftaran permohonan program subsidi ini akan dibuka?

Tempoh permohonan baharu program subsidi akan dibuka bermula pada 1 Mac 2022 sehingga 15 September 2022.

 

3. Siapakah yang layak memohon subsidi ini?

  1. Penerima bantuan dari kalangan B40 kategori isi rumah
  2. Berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berusia kurang daripada 12 tahun
  3. Ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak berusia kurang daripada 12 tahun
  4. Anak angkat mestilah berdaftar dengan JPN
  5. Warganegara yang menetap di Malaysia

 

4. Bagaimana saya boleh memohon untuk menuntut subsidi program pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak Keluarga Malaysia?

a. Anda perlu membuat permohonan di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Mac sehingga 15 September 2022.

b. Keputusan permohonan boleh disemak bermula 1 April 2022 bagi permohonan sebelum 31 Mac 2022. Seterusnya, bagi permohonan selepas 1 April 2022, keputusan permohonan boleh disemak selepas tiga (3) hari bekerja.

 

5. Berapakah jumlah subsidi yang layak saya tuntut?

Jumlah subsidi yang diberikan di bawah program ini adalah sebanyak potongan 50% atau sehingga maksimum RM150 daripada harga jualan. Berikut adalah jadual program subsidi bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak. Harga ini adalah harga akhir selepas di jual oleh penjual.

Jadual Program Subsidi

Jenis Subsidi

Harga Jualan CRS

Jumlah Subsidi

Subsidi 1

RM300 ke bawah

Potongan 50%

Subsidi 2

RM301 ke atas

RM150

 

Contoh 1

Sarimah ingin membeli kerusi keselamatan kanak-kanak yang berharga RM250 selepas menerima pengesahan kelayakan subsidi. Potongan harga adalah sebanyak 50% (subsidi 50%), maka Sarimah hanya perlu membayar RM125 sahaja sebagai harga akhir.  

Contoh 2

Rizal dan Aida adalah pasangan suami isteri, mereka ingin membeli CRS berharga RM400. Oleh kerana jumlah maksimum subsidi yang diberikan di bawah program ini adalah RM150, maka mereka perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM250 bagi CRS tersebut.

 

7. Berapakah jumlah bilangan CRS yang boleh saya beli di bawah program subsidi ini?

Peruntukan yang dibenarkan adalah satu (1) CRS untuk satu (1) isi rumah.

 

8. Dimanakah saya boleh membuat tuntutan subsidi pembelian CRS?

Anda boleh membuat tuntutan subsidi di premis yang berdaftar seperti di dalam senarai yang dilampirkan atau dilaman sesawang MyCRS (www.mycrs.gov.my).

 

9. Berapa lamakah tempoh sah subsidi CRS?

Tempoh sah tuntutan subsidi adalah selama dua (2) bulan daripada tarikh permohonan anda berjaya.  Walaubagaimanapun, digalakkan membuat pembelian awal kerana subsidi ini atas dasar siapa cepat dia dapat. Ini kerana kuota pembelian subsidi adalah terhad kepada 188,000 penerima. Oleh demikian, pemberian subsidi adalah bergantung kepada tarikh dan masa pembelian, BUKAN pada tarikh pendaftaran.

 

10. Adakah saya layak menuntut sekiranya tempoh sah subsidi saya tamat?

Anda masih layak dengan membuat permohonan semula sebelum 15 September 2022 dan perlu dituntut pada atau sebelum 30 September 2022.

 

11. Saya dijangka akan melahirkan anak pada tahun 2022, adakah saya boleh memohon subsidi melalui sistem ini?

Anda boleh memohon tuntutan subsidi untuk anak yang baru dilahirkan sebelum 1 Oktober 2022 dengan mengemukakan bukti kelahiran anak yang dilahirkan dalam tahun 2022 atau buku pink yang menyatakan jangkaan tarikh lahir DAN bukti yang anda juga penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang LULUS dengan mengisi borang rayuan di pautan: https://form.jotform.com/MIROS_mycrs/borang-rayuanmycrs sebelum 15 September 2022.

 

12. Rayuan

Sekiranya permohonan sudah dibuat melebihi senarai tiga(3) hari bekerja dan nama tiada dalam anda boleh mengemukakan rayuan pada pautan berikut :  https://form.jotform.com/MIROS_mycrs/borangrayuanmycrs . Rayuan akan ditutup pada 15 September 2022.