Portal Rasmi

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Malaysian Institute of Road Safety Research
  

TUJUAN DAN SKOP

 

Jurnal Antarabangsa Keselamatan Jalan Raya (IJRS) bertujuan menyediakan platform akademik untuk menyebarkan, bertukar dan membincangkan penemuan penyelidikan lanjutan kepada ahli akademik, penyelidik, saintis, pengamal dan pembuat dasar mengenai semua aspek penyelidikan secara teoretikal dan eksperimen dalam bidang keselamatan jalan raya untuk meningkatkan keadaan keselamatan jalan raya dengan penyelesaian menyeluruh dan bersepadu. IJRS menerbitkan kertas yang melalui proses pewasitan yang berkualiti tinggi dan komited untuk semakan dan penerbitan yang segera.

IJRS menyediakan liputan luas dalam bidang yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya; pengurusan keselamatan jalan raya, kejuruteraan jalan raya, keselamatan kenderaan, tingkah laku pengguna jalan raya dan pengurusan pasca-kemalangan. Tidak terhad kepada ini, IJRS juga mengetengahkan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya iaitu mobiliti yang selamat, reka bentuk infrastruktur, dasar keselamatan dan perancangan, kebolehpanduan dan kebolehlanggaran, sistem pengangkutan pintar dan analisis risiko dan pendedahan.

Jurnal ini memberi tumpuan terutamanya kepada kertas penyelidikan asal yang merangkumi keseluruhan skopnya, tetapi juga mengalu-alukan kertas ulasan terkini dan mana-mana topik perbincangan yang terkini dan khusus.

IJRS adalah jurnal rasmi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Pusat Keselamatan Jalan ASEAN.

eISSN: 2716-6651

Permohonan Data Statistik MYHRMIS MOBILE #

Privacy Policy

#
# # # # # # # #
#